Minggu, 06 November 2011

motivasi hidupku

Kita selalu mendengar, "cari lah motivasi hidup".. Dan ramai orang berlumba-lumba mencari motivasi, baik membaca buku, blog sharemotivasi=) dan sebagainya. Antara banyak-banyak sumber motivasi anda, yang mana paling memberi anda kesan yang paling mendalam?

Mencari kehidupan, tajuk artikel saya hari ni. Kita pasti menginginkan sesuatu yang bernilai dalam hidup kita bukan? Inginkan kedamaian dan kebahagian yang sejati.

Sewaktu kita didunia ini, semasa kita mencari kehidupan kita, berapa kali kita meluangkan masa kita mencari kehidupan yang hakiki~ iaitu kehidupan selepas kematian.


“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dia Maha perkasa lagi Pengampun.”
Surah al-Mulk:2

Kematian merupakan motivasi terbesar kita. Bila kita mengingati kematian, pasti terbayang-bayang segala kelakuan kita sepanjang perjalanan kehidupan kita. 



Tidak kah kita mahu meninggalkan alam ini dengan penuh bermakna?
Mahukah kita mencari seberapa banyak bekalan untuk kita berada pada alam seterusnya?

Semua orang pasti, kematian itu sesuatu yang menakutkan kerana kita tidak tahu dimana kita akan ditempatkan seterusnya~ disyurga atau sebaliknya..

Seandainya kita tahu neraka itu begini dan begitu, pasti semua manusia berlumba lumba melakukan kebaikan.

Erti kehidupan:

Walau dimana kita berada, yakinilah bahawa kematian itu pasti dan setiap orang pasti merasai kematian. Berbuat baik lah diantara kita di dunia ini agar ia menjadi bekalan untuk kita menghadap Yang Maha Esa.
Motivasi kematian amat memberi kesan kepada kita. Ia pasti mengingatkan kita bahawa kehidupan yang kita lalui ini hanya sementara dan bukan selamanya. Jadi, mengapa perlu kita alpa di dunia sementara ini. Perjalanan masih jauh dan tidak guna untuk kita buat kejahatan.

Kita selalu ditipu oleh keduniaan

Bukan bermakna kita perlu mengabaikan kehidupan di dunia tetapi hendaklah kita pandai mengimbangi keperluan dunia dan akhirat.
Kita tidak tahu apa yang berlaku dalam masa 1 minit lagi, entah kita masih bernafas atau tidak.
Gunakan peluang yang ada ini untuk anda melakukan yang terbaik dan ikhlaskan niat anda hanya kepadaNya sebelum kita dipanggil semula menghadapNya.

Jangan kita menyesal di kemudian hari. Muhasabah diri sendiri untuk menilai sejauh mana kita mencari kehidupan yang sebenar-benar di atas jalan Allah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar